Thursday, 17 October 2013

suksessss..?

Heyyyaaaa.. Assalamualaikum.. :)

Lamalamalama giiiillaaaaa kan saia tak update blog nie.. huhuhu
Sebenarnya malas + tak sempat + tatu nak cerita apa..

WHATTT?? TATAU NAK CERITA APA??
punya laa banyak benda yang berlaku harihari, boleh cakap tatau nak cerita apa. ish.ish.ish
*gelengkepala*

ohkay! Seperti yang kita tau, UMAT ISLAM baru je lepas menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun dipanggil juga dengan nama Hari Raya Haji. So, dikesempatan ni nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.. samasama kita ambil iktibar dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail A.S sematamata utk patuh dan taat kepada perintah Pencipta, ALLAH S.W.T.



OK, next..

FYI,, lepas je raya puasa hari tu Actually saia ada exam UPS iaitu Ujian Pertengahan Semester.. Uuuuu..
Seram kott nak exam. Almaklumlah.. first time amek exam dekat kolej.. hehehe
Tapi papeponn, ALHAMDULILLAH.. dah selamat keluo result dah ponn.. and I'm terSANGATSANGAT BERSYUKUR dengan apa yang Allah dah bagi saia ni . Saia rasa sangatsangat TERHARU dengan pemberian yang tak disangkasangka ni.. Alhamdulillah.. :')


. Tapi bila difikirkan balik tu sebenarnya salah satu ujian buat kita nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi tu.. ataupun kita duk riakbanggaperasanbagos dengan kejayaan tu. Sedangkan lah.. kalau nak ikut usaha yang tak seberapa tu,, rasanya tak layak lansong kott nak dapat anugerah tu.. Tapi, BAIKkan Allah? :)

Aku pun ada dengar dekat tibi hari tu yang ImamMudaAsyraf bagi tau, rancangan apa entah (*tengokiklanje.hehhe*)
" Sebenarnya kejayaan kita tu bukan disebabkan kita berjaya tapi disebabkan kekuatan doa makayah kita"

betul kan? kalau nak diikut makayah kita jugaklah penyumbang terbesar kepada kejayaan kita sebenarnya. Tanpa restu diorang,, memang konpemkonpem kita takkan berjaya.. kalau ye ponn mesti tak berkat punya bila makayah dah tak redha.. kan redha Allah tu ada pada redha kedua ibubapa kita..
kankan?

oklah.. agak panjang jugak this entry..
gattogo.. tata and MayAllahBless.. mmmmuuuaahhhh.. ;D



Monday, 5 August 2013

Reunion

Assalamualaikum,, :)

Alhamdulillah.. saya masih lagi diberi kesempatan utk menulis. Malam ni nak tulis apa ye?? hmm,,

Ha! FYI, tadi kami 5th batch ada ifthor dekat masjid Tanah Merah. Walaupun tak semua yang datang, tapi agak ramai laa jugakk. Soooo happy dapat jumpa kawankawan.. Walaupun tak sampai setahun lagi kitorang tak jumpa,, tapi rasa rindu jugak. Ye lah. sebenarnya boleh dikatakan memang susah nak cari macam diorang semua.. Even dekat tempat saia sekarang. Actually, sampai sekarang yang dah nak dekat 4 bulan dekat kolej, saya still tak dapat nak betolbetol adapt dengan suasana dkt sana. Dengan kawan sekelas semua.. hmm,, ntah lorhh.. Mungkin sebab tempoh 4 bulan tu masih lagi singkat utk saya.. Walaupun duk dekat sana nanti tak sampai setahun punn.. Takpelah. hopefully saya boleh 'masuk' dengan diorang tak lama lagi..




Back to the MAIN TOPIC, program kitorang tu tak habis pun lagi.. Ramai je sep2 ni tido kat masjid. Ye lah. dah rumah jauh. Nak balik macam mana? Lagipun, esok pagi ada Qiamullail.. pukul 3 lebih kott.. Pastu dalam pukul 8 ada sesi fotografi.. Bestnya!! nak pegi tapi tataulahh. Boleh je sebenarnya kalau rajin. If there's a will, Allah will show the way. tapi masalahnya tahap kemalasan saia ni sangatlah tinggi.. hehhehe
tapi In syaa Allah, I'll try my very best utk bangun Qiam and gi masjid esok.huhuhu



oklah. MayAllahBless, hereandhereafter.

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum^^

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah kerana bagi kesempatan pada kita merasai Ramadhan tahun ni.
Ramadhan ni merupakan salah satu wasilah or cara untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik and menjadi seorang insan yang sentiasa ingin mencari Redha Allah. So its up to us actually samaada nak grab betulbetul peluang yang Allah dah bagi tu atau just leave it.

Tapi alangkah ruginya jika apabila Ramadhan berlalu tapi seseorang itu tidak mendapat apaapa faedah darinya..

As for me.. yes!this Ramadhan suasananya dah takkan sama dengan past 5 years.ye lah!nama pun dah berbeza tempat .kan? But still I really hope yang kita still dapat beribadah dengan sempurna In syaa Allah :)
tapi rasa excited jugaklah nak tahu macam mana suasana ramadha kat kolej mara kulim..hehhe

oklah.setakat ni je..nanti freefree saia menulis lagi In syaa Allah.

MayAllahBless hereandhereafter^^

Saturday, 18 May 2013

update kehidupan

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah. hari ni dapat lagi kita bernafas atas bumi Allah ni. :)

Macam yang dah diketahui, 2012 merupakan my SPM's year. dah selamat jawab exam. dah selamat tahu result. dah selamat tahu matrik. and dah selamat keluar result UPU. 

Mungkin bukan ini keputusan yang saya impikan selama ni. tapi saya yakin ni yang TERBAIK yang Allah dah tetapkan. Ye lah. Allah sendiri pernah cakap kan,
 "boleh jadi apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik bagi    kamu. dan Allah mengetahui sedangkan kamu tak tahu"

kawankawan saya pun masingmasing dah ada keputusan. Ada yang dah sambung pergi DarulQuran, yang ambik STAM, yang akn ke Mesir, matrik, UIA, tunggu result Maktab pun ada. Tapi, papepun saya harap sangat kawankawan saya ni boleh yang TERBAIK dalam apa jugak yang korang lakukan. and I reallyreally hope that our friendship still 'til Jannah. ameen. The most important thing dalam satusatu persahabatan tu adalah MENGGAPAI REDHA ILAHI. kankan?


p/s: In syaa Allah saia akan bertapa di Kolej Matrikulasi Kulim selama SETAHUN start 27th of May.
      harapharap saya boleh sesuaikan diri dgn keadaan dan pelajaran. mayAllahease :)

:: MayAllahBless, hereandhereafter ::

Thursday, 4 April 2013

memaafkan..walau masih terluka

Assalamualaikum...

what to say, ya?? hmm,,.. ha! tau dah.. :)

tadi dekat sekolah, kwn saya ada bawak buku Allah itu tidak jauh. if i'm not mistaken. saia pon pinjamlaa skjp.. skdar mengisi masa lapang. tengahtengah cari tajuk menarik utk dibaca tu,, terjumpa laa satu tajuk ni : Memaafkan.. walau masih terluka. 

Dalam tu ada tulis, ramai dlm kalangan kita ni yang senang melafazkan kata kita sudah memaafkan sedangkan hati kita masih terluka. Jd, bila dah jadi mcm tu, kira mcm kita tak ikhlas laa sbnrnya, kan? Ye laa.. contohnya bila kita tau ada someone ni mengata kita ataupn buat bnnda buruk dkt kita. then, orang tu sedar dia wat salah and insaf. dia datang mintak maaf dekat kita pada masa hati kta still lagi sakit! tp kita senangsenang je cakap kita dah maafkan.. mungkin sebab kita malu nak tolak maaf dia atau kita menyampah tengok muka dia. pada masa tu, kita harus sedar one thing! masalah dia dengan Allah dah selesai sbb bg dia kita dah maafkan. sedangkan kita? tatau macammna. 

Jd, untuk tak merumitkan keadaan.. apa kata kita bagitau the truth. Masa orang tu datang nak mintak maaf dekat kita, kita beranikan diri cakap dekat dia : " bagi saya masa untuk mengubati hati saya yang sakit". kan senang? secara tidak lansung, kita akan sedaya upaya cuba utk memaafkan sebab kita tau ada orang tgh tunggu kemaafan daripada kita.. so hidup kita pun akan aman.

oklah. thats all for tonight.
MayAllahBless, hereandhereafter.


Friday, 22 March 2013

result!

Assalamualaikum..:)

macam yang semua tahu, 21st March 2013 merupakan hari yang bersejarah buat sesiapa yang lahir tahun 95. WHY?? coz its SPM's RESULT! ho.ho.

Sebenarnya ni lah salah satu ujian buat kita untuk uji sejauh mana kita beriman dengan qada' dan qadar Allah. sangatlah menipu untuk kata sy tak sedih dengan kptsn ni.
Tp, mcmmna pn, ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAL... saya redha dan bersyukur. Bila difikir2kan balik, lagi ramai yang x bernasib baik. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, sy ni dah dikira cukupcukup bertuah sebab Allah bg test yang sangat ringan.

 Allah sendiri yang cakap: " Tidak Allah bebankan (hamba)Nya melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

So, apa yang Allah bg kita, Dia tau itu yang terbaik buat kita and He knows kita mampu laluinya. apa yang penting, kita WAJIB husnuzzhon dekat Allah.

Allah berfirman: " Jika kamu bersyukur, maka (Aku) akan tambahkan bagi kamu (nikmat) dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab Allah (itu) amat pedih"

Mungkin Dia x bagi kita sekarang tp dia akan tapi Dia akan tambah untuk kita kejayaan buat masamasa akan datang, kan? so redha dan bersyukurlah.. Lgpn, apa yang kita dapat tu dah sesuai dengan usaha kita.. Tp, klu kita rasa kita dah usaha lebih, mungkin kita ada silap kat mana2.. cuba kita fikir2 balik. Mungkin kita ada buat salah dengan cikgu2 ke, makayah ke, kawankawan, sebab nk berjaya ni bkn 100% bergantung pada usaha. tp merangkumi semua hubungan dgn Allah and hubungan dengan manusia. So, jagn salahkan siapasiapa pn.

Lagi, nak cakap apa eh.Saja je sbnrnya menulis. Nak hilangkan rasa terbuku di dada..cewahh!^^

oklah..apaapapun, SPM is not everything! MOVE ON nad Don't Ever GIVE UP! cuba buat yabg terbaik utk masa2 akan datang!

tata and MayAllahBless hereandhereafter.. :)

Friday, 18 January 2013

Baik..

ASSALAMUALAIKUM,,everybody.!

hari ni i just wanna share something yang sy rasa interesting.

We are told that we will not enter paradise until we believe and we will nao believe until we love one another. Do you know one way to increase our love for one another? It is to spread the salaam. So dear reader,, "ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH" (May the peace be upon you and the Mercy of Allah and His Blessing) 
sebenarnya kann, bila saya tulis ni.. saya teringat pasal satu blog yang saya baca hri tu. Ayat dia lebih kurang macam ni laa..

Apa guma klu kita sibuksibuk nak post something yang baik macam dakwah laa dekat fb, twitter or wherever,, tapi kita sndri yang x amalkan.
Contohnya macam kita suruh orang baca kahfi, solat dhuha, mengaji and blabla..tp pada masa yang sama kita x buat pon!Then boleh pulak kita marahmarah makayah or whoever yang tegur kita soh pegi solat semasa kita tgh sebar 'dakwah' tu!!

Saia yang baca tu terus."Auchh!!!Pedasnyaa!!i'm eating the chili???" sangat terasa!Padan muka engkau dah kena atas muka..hehhe
Apa yang orang tu bagitau 100% betul!Salah satu cara utk berdakwah yang berkesan ialah dengan menunjukkan contoh yang baik. Tak guna kalau kita duk sibuk bagi ceramah kat orang pasal ituini sdgkan kita sndri x  buat!!Nnti apa orang akn cakap dkt kita??
"Ek eleh!!cakap senang la..buatnya tidak!"
"Engkau tau cakap je apa kelass??"
"boleh blahhlaa weii!!kau cakap bukan main lagi tapi perangai duakalilima je!"
and blabla..

kan payah kalau dah jadi macam tu..nnt kita cakap apa pun orang dah tak nak dengar..
so,, laebih baik sekiranya kita tunjuk perangai yang elokelok,, tnjuk contoh yang baik.kkadangkadang tu,, klu kita tnjk perangai baik, tak perlu cakap orang akn sndrinya ikut contoh kita.kann?
Nabi s.a.w sndri pon,, salah satu dakwah baginda yang menyebabkan orang kafir terima adalah baginda tunjuk contoh yang baik..

So,, sebab saya dah tulis pasal salaam tu,, insyaAllah akan diamalkan.Korang pun apa tunggu lagi?samasama kita amalkan..

MayAllahBlessUs hereandhereafter. insyaAllah!^^